letih ...td br sampai sgmt...ngan daly n ros...jauh n memenatkan perjalanan kami...dr kota ke sgmt...

sampai2 je...kul 6 mcm biase trus g pi...singgah bazar uitm jap..huu...wawa ckp"kak,td pakcik tu kate..lauk kt xlaku la harini...bdk2 ni bwk lauk dr rmh"...mmmg btl pun,harini rmai blk...

smpai kat pi je...hana trus panggil"k.sal"...dr jauh kenal suara dia...tetibe nmpk.ada byk periuk besar..hmmm.lauk special harini...nasi aym...dgg kmbing..

then,ktorg wat preparation u buka pose...susun2 kurma kat meja..tetibe dgr si zafirah tgh ckp2 ngan kwn dia kat tlpon...khusyuk benar..saye pun tnye alin"nape si zfirah tu?excited je bercerita"...akk,"train y diorg naik td terbalik!!"...haaa..ya Allah.."hbs tu?"...3 gerabak tergelincir...y grbk zfrh cuma hmpir2 terbalik...ada 2 lg terblk....sy pun tnye"mcm ner blh jd?"...alin pun tlg ceritakan"train tu laju...diA termasuk rel lame...n then tergelincir"...ooo mcm tu citenye...nsb xda y cedera truk...

Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan. Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium.


Keterangan logo 1 Malaysia

Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Tema, logo dan lagu bagi sambutan kemerdekaan ke 52 ini sebenarnya berasaskan slogan dan konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


cik ros..happr birthDay...da besar ye...hee...actually ktorg xsmpt g bl kek hari ni..so tpakse bl triffle kat pasar...ala2 kek puding...sedap jgak la...yang penting kite doakan smoga panjg uMor n murah rezeki...smg persahabtn ini kekal selamanya....syg cik rOs...


Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan….. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku.

kita jangan selalu mengharap..kerana mengharap tidak pasti tertunai..tetapi kita boleh..bersabar..kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

zaman berubah tetapi..dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..tapi, percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..

nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…bukan kek yg berkrim tetapi..diharungi lalat..

kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu..tidak dapat bebas dengan sempurna..kecuali tali itu putus…barulah ia bebas melayang…



"Saya bersyukur dia sudah insaf dan berharap sinar Ramadan kali ini akan membuka pintu hatinya untuk kembali ke pangkuan keluarga dan saya tetap menerimanya sama seperti Sufiah yang dulu," kata Halimahton Yusof - ibu wanita genius Matematik, Sufiah Yusof, 24.

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor, berkata, Sufiah � anak ketiga daripada lima beradik, kini aktif menjalankan kerja amal di London, tetapi masih enggan bertemu keluarganya mungkin kerana rasa bersalah dan malu.

Sufiah yang dianugerah kepintaran semula jadi sehingga berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, menggemparkan masyarakat apabila ditemui menawarkan khidmat seks melalui internet di Salford, Manchester.

Kisah kehidupan malang Sufiah itu disiarkan akhbar News Of The World pada 31 Mac tahun lalu. Bagaimanapun, Sufiah kini aktif menjalankan kerja amal dengan membantu kanak-kanak malang di London dan diberi perlindungan khas oleh Persatuan Masyarakat Melayu United Kingdom.

Halimahton berkata, beliau memahami apa yang dialami Sufiah dan yakin anaknya masih belum dapat melupakan trauma kehidupan yang dilaluinya.

"Kami sedia memberinya masa untuk bersendirian sebelum pulang ke pangkuan keluarga. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kita wajar memberinya peluang untuk berubah. Biar apa pun yang diperkatakan orang mengenainya, dia tetap anak yang saya dan namanya sentiasa disebut dalam doa setiap kali selepas solat.

"Saya tahu, Sufiah akan kembali dan kami bersabar menunggu detik bahagia itu. Paling penting, saya gembira dan bersyukur kerana Sufiah sudah bertaubat. Mungkin Ramadan dan Aidilfitri kali ini bakal memberi sinar baru dalam keluarga kami," katanya dalam pertemuan dengan Berita Harian, petang kelmarin.

Ini adalah pertemuan pertama Halimahton dengan wartawan sejak kembali ke tanah air, bulan lalu, selepas 34 tahun menetap di London.

Halimahton yang sudah bercerai dengan suaminya, Farooq Yusuf, kini tinggal di Damansara bersama anaknya, Iskander Ibrahim Farooq Yusuf, 23, dan Sabrina Zuleikha, 15.

Sebagai ibu, Halimahton mengakui perasaannya membuak untuk bertemu Sufiah sejak berpisah pada 2005, tetapi undang-undang di United Kingdom (UK) menghalangnya berbuat demikian.

"Memang saya dan adik-beradiknya sangat merindui Sufiah kerana hubungan kami rapat, tetapi saya tidak boleh menemuinya kerana ia melanggar undang-undang.

"Di UK, jika seorang yang sudah dewasa menyatakan enggan bertemu seseorang, kita tidak boleh melanggar arahan itu dan saya sebagai ibu, menghormati permintaan Sufiah yang mungkin dibuat kerana tertekan atau malu untuk bertemu kami," katanya.

Halimahton berharap kejadian yang menimpa keluarganya menjadi pengajaran kepada masyarakat supaya kejadian sama tidak berulang kerana dugaan itu terlalu berat dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhinya.

"Tidak perlu saya menangis atau berputus asa atas apa yang berlaku, sebaliknya saya perlu tabah melalui dugaan berat ini. Sebenarnya, apa saja boleh berlaku tetapi sebagai orang Islam, kita perlu bijak dan tenang menghadapinya.

"Bagi saya, antara sebab yang menekan Sufiah hingga dia jadi begitu adalah akibat tekanan yang diberikan terhadapnya untuk muncul sebagai pelajar cemerlang dan dikenali dunia," katanya.

Sementara itu, Iskander Ibrahim berkata, beliau memahami tekanan yang dialami kakaknya kerana perkara sama turut dirasainya.

"Saya memasuki Universiti Warwick bagi mengikuti pengajian Sarjana Matematik ketika berusia 12 tahun dan berasa tertekan kerana pada usia muda, perlu bergaul dengan penuntut dewasa. Pada masa sama, tumpuan media menyebabkan saya perlu lulus cemerlang dalam peperiksaan," katanya.

Atas sebab itu, katanya, keluarganya tidak akan menekan dan memaksa Sabrina Zuleikha memasuki universiti pada usia muda.

"Dia turut ditawarkan ke universiti pada usia 13 tahun, tetapi ibu lebih suka jika dia melalui kehidupan normal seperti remaja lain terlebih dulu. Memang ibu tidak memaksa tetapi adik saya sendiri sudah melihat apa yang kami lalui sebelum ini.

"Sebab itu, dia hanya akan memasuki universiti pilihannya khasnya di Amerika Syarikat ketika berusia sekurang-kurangnya 17 tahun," katanya.

::asyikin::
"hope sempena bulan y mulia penuh rahmat..pintu hdayahnya terbuka u sufiah kembali kpd keluarganya"

al kisah puasa pertama...






615 pm....

bersiap2 ke pi(masjiD as-Syakirin)...terlambat harini..janji ngan ros,ain n wawa kul 615 nak jmpe kat bwh kolej...ttp terlmbt...
...cik ros dok msg suh cpt..last2 suh dia g ngan cik ain..heee(sory cik ros)....

630 pm

da siap..trun bwh jmoe wawa...then..gerak ke pi...berangan nak singgah bazar kat DSB...tp...sdhnye...ada 4 gerai je y bukak..
bdk2 ni blk ngan hampanya...y ada bl iar je pun ada...igt kat situ je gerai x bukak,tup2 kat nr pun 1 gerai pun x buKAK!!!!...

700 pm

da smpai pi...trus g datrn pi...siap2 nak buka...nak tau 1 story kelaKAr????...harini turn 'pakcik tempe gerai nr' msk u buka pose...tup2 van smpai,diorg pin kluarkan la
mkanan n minuman u buka...air sedap!!!air tebu...

al kisahnye,kami pun tuang la air dlm cawan u diagihkan...sekali,da bg2 kat bdk2 ni...tetibe pakcik tu dtg"dik,air ni u mkn ngan nasi nt...X BUBUH AIR GULA LG!!!"
aduh...nasib xminum lg...dia pun bg la air teh panas...heee lawaknye...tp bdk lelaki main minum je.diorg xckup air..nmae pun lelaki...

745 pm

lpas solat mgrib,kami mkn nasi...Lauk menyelerakan!!!...ikan masin masak lemak ngan nenas...ikan kering..ulam raje...cencalok...fuh!!! SEDAppp

pastu kami solat isyak n terwh

then tadarus..mlm ni lbh ramai berbnding smlm...

kuih mohreh sedaPPp..tepung pelita..karipap...popia pedas...

da hbs cuci2 cwn kami pun blk...penatnye...tdOOOO.....

al kisah pada 21 ogos 2009

::agak lame xpost berita...hmm,nak kongsi 1 novel...best gak la...blh bg rating ****...smlm kebetulan lpas test IM penat...layan mata jap...tu y bace novel ni...y terpaling pantas bc..2jam stgh je...heee...skip byk...tp jalan cite best jak la...try la bc::

"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk bisa dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya Ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf?."


Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf? Seorang pemuda Muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikian berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mendera iman?


Inilah novel spiritual cinta dan iman berasaskan kisah al-Qur'an yang telah dieksplorasi ke dalam beragam karakter hidup, pengalaman dan perilaku umat kontemporari. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalin ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis Muslim terkemuka saat ini, Taufiqurrahman al-Azizy, yang telah berhasil membangkitkan ranah sastra religius Indonesia melalui Trilogi Makrifat Cinta (Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta).
Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.


Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya'kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.


Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya'kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.


Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.


Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.


Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.


Bahan - bahan:
2 gulung laksa kering/mi sanggul/mi siput
1/2 cawan sago mata ikan-rendam seketika sehingga kembang
200ml Santan kotak
1/2 sudu garam
Gula
Air secukupnya


Untuk menghidang-susu pekat dan susu sejat

Cara- cara:
Rebus laksa kering dengan air secukupnya hingga lembut
Masukkan sago mata ikan dan tunggu jernih sepenuhnya
Masukkan santan,garam dan gula
Sebatikan rasa dan siap untuk dihidangkan...
Lebih sedap dimakan sejuk. Cadangan hidangan : Cedokkan ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit susu pekat dan susu sejat supaya lebih pekat/creamy


Persiapan untuk membina Bait Muslim merangkumi persiapan secara zahir dan batin, persiapan jasadiah, aqliah, rohaniah dan syu'uriah. Sudahkah bersedia? Persediaan tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif. Penilaiannya tergantung kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas pernikahan.


Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai. Persediaan material?Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman materialistik. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa menghadapi realiti dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas sahaja, tetapi ianya hanya satu kenyataan yang tidak mudah untuk dilaksanakan. Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting contohnya seperti infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat dan mujahidin Palestin. Tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja. Umumnya kita yang menentukan perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan dibuat oleh kita sahaja.


Keputusan yang dibuat melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan, cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita (yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti menghormati mereka). Namun jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku pembaziran dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang dekat dan berkait dengan kita. Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material kerana mungkin ianya tidak cukup. Kita juga tidak boleh terlalu takut jika kita tidak mempunyai banyak harta. Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu?Jika kita mengurus berdasarkan prinsip yang utama diutamakan dan yang tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai. Insyaallah material kita akan terguna secara baik dan memadai tidak kiralah ianya banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak cukup dengan apa yang sudah kita ada. Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta tetapi bergantung kepada cara menguruskannya.


Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim. Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit kerana yang penting ia mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif. Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup' material. Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta tetapi hartanya itu tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk mendapat status ‘tidak cukup' material tetapi berapa banyak orang yang sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia. Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya. Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah Islam menyuruh untuk berusaha. Jika berusaha yang sedikit jadi banyak dan yang tidak cukup akan jadi cukup, insyaAllah. Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha, insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan terus berusaha. InsyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang, berjalan atau berlari. Persediaan akal?Persediaan akal meliputi pemilikan pengetahuan. Pengetahuan yang sepatutnya ialah pengetahuan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan Bait Muslim.


Bukan pengetahuan dalam aspek tertentu sahaja seperti pengetahuan ibadat sahaja atau pengetahuan membesarkan anak sahaja atau pengetahuan mencari harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena diketahui. Di sinilah kemahiran pengurusan pengetahuan sangat diperlukan. Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa terdekat perlulah dicari dan dipelajari segera. Ia perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa untuk menggunakannya. Ilmu yang tidak diperlukan dalam masa terdekat disimpan dulu sebagai niat baik yang penuh dengan keazaman serta dicatat dalam senarai perancangan ilmu untuk dipelajari nanti. Utamakan pelajaran ilmu yang penting berbanding pelajaran ilmu yang tidak seberapa penting. Dalam masa terdekat dengan tarikh pernikahan, ilmu dalam banyak bidang rumah tangga diperlukan.


Sebagai bakal suami, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab suami diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan. Selain ilmu tentang peranan, ilmu tentang hak juga perlu diketahui, seperti hak suami dan hak isteri. Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan rumahtangga kesungguhan kepada melaksanakan peranan dan tanggung jawab masing-masing jauh lebih penting daripada kesungguhan menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi sahaja. Ilmu tentang peranan pula adalah untuk memastikan kita telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita dengan adil dan sempurna. Jika kedua-dua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing serta memberikan dan menjaga hak pasangan masing-masing, insyaallah kehidupan akan aman dan bahagia. Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu dipelajari contohnya ilmu mencari nafkah zahir, ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin, ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu tentang peribadi pasangan, ilmu keselamatan, ilmu kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat dan ilmu akhlaq.


Pelabagai cara untuk mencari ilmu tetapi yang paling senang ialah dengan membaca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah membaca bahan bacaan sebarangan, tetapi membaca bacaan yang memang tepat untuk dibaca. Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk dibaca? Buatlah penilaian, bertanyalah kepada orang yang lebih berpengalaman dan mintalah cadangan daripada yang pakar. Selain membaca, perkongsian pengalaman dan dialog lewat perbualan biasa juga sangat bermanfaat. Persediaan rohani? Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan telah berlalu tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan menyuburkan sikap yang baik dan membuang sikap yang buruk dalam diri. Biarlah sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk. Pada masa bujang, sikap yang baik mungkin senang kita amalkan dan sikap buruk kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa. Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin, banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap buruk yang selama ini terpendam dan kita akan mendapati banyak sikap buruk pada diri kita selepas kita menikah. Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan bersungguh-sungguh bersikap baik agar pada saat genting atau saat keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita, masih melekat pada kita dan kita masih ber'amal dengannya seperti biasa biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang. Maklumlah kalau semasa bujang, kita hanya mengurus diri kita sendiri maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi apabila kita telah bernikah kita telah megurus dua orang manusia yang berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya.


Pastilah kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat. Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita sementara kita belum bernikah. Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit. Tetapi pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap buruk yang kita miliki. Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau manja, pemarah dan pendendam. Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah ia lebih senang berkembang dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin. Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah. Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka ia perlulah dibuang segera bermula sekarang. Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja, janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah. Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang sikap buruk.


Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan fokus utama setelah menikah. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan. Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antara peluang yang ‘masih ada' atau ‘memang ada', dan pilihlah antara sempit dan luas. Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak. Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda lagi menyesal kerana akan ditanya di sana. Sudahkah anda bersedia? Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar.


1.Amalan adab batuk yang baik

• Pesakit mesti amalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol

. Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.

2. Jaga kebersihan diri Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:

• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau baham cuci tangan berasaskan alkohol.

• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.

• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadi

• Jangan berkongsi peralatan peribadi.Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.

4.Menjarakan diri (social distancing)

• Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.

• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.

• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit (sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.

• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap memcuci tangan. Panduan menilai tahap kesihatan diri di rumah Secara umumnya demam selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya satu gejala berikut:

1. Sukar benafas.

2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.

3. Sakit dada berterusan.

4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.

5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berualang selepas 3 hari pulih.

6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.

7. Penig bila berdiri.

8. Kurang kencing.
sumber:iluvislam.com



nak tau satu cite...xtau la nak describe perasaan bl blk...blk bersepah ngan mkann..sumi melekat sane sini..hmmm...lptop pun disapunye skali....ni keje sape..kalo bkn MONYET ZAMRUD...







tp yang kat atas ni bkn monyet tu la...
mane tak sdh,blk2 dr clz tetibe bilik sepah...da la buku sales kene pijak2...koTOOOr jdnye..igt kat atas printer je yang dia pijak2...tup2 kat screen laptop skali disapunye...da melekat xblh nak hilang...





Selepas melalui episod penafian mengenai hubungan cinta, akhirnya penyanyi lagu Wassini, Waheeda diijab kabulkan dengan penceramah bebas, Akhir Hayy, di Masjid Jamek Ar-Rahimah, di sini, jam 12 tengah hari tadi.
Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab sah menjadi isteri kepada Akhir yang juga ikon Astro Oasis dengan sekali lafaz.











“Ana harap semua kemelut dan gosip dinoktahkan dengan ijab kabul. Ini (pernikahan) juga doa daripada kalian semua (wartawan),” kata penyanyi, pengacara dan penceramah bebas, Akhil Abdul Hai atau lebih dikenali sebagai Akhil Hayy selepas selamat diijab kabulkan dengan penyanyi Waheeda, semalam. Akhil, 40, menganggap pernikahan mereka sebagai ketentuan Allah selepas berdepan dengan pelbagai tohmahan sebelum ini. “Sebelum ini ana ada menyatakan senang dengan sikap dia (Waheeda) dan tuan punya dunia membuka pintu hati ana untuk kembali berumah tangga selepas berstatus duda. “Ana tidak boleh kata tiada perasaan cinta (kepada Waheeda) kerana Allah mencampakkan ke hati setiap manusia rasa kasih sayang dan ini satu amanah berat kepada ana, bukan saja untuk membimbing Waheeda malah keluarga,” katanya ketika ditemui selepas majlis akad nikah mereka di Majlis Jamek Ar-Rahimah di sini, semalam.

Turut menyaksikan majlis ijab kabul itu ialah bapa Waheeda, Abdul Wahab Yusuf, 58, ibunya, Asri Othman, 58, ibu Akhil, Azizah Daud, 72, dan dua anak Akhil, Siti Nur Maisarah, 12, dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.



Pada majlis pernikahan yang dihadiri saudara terdekat itu, tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya pihak lelaki menyediakan senaskhah al-Quran. Rombongan lelaki juga memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Majlis itu menjadi hiba apabila Waheeda menitiskan air mata ketika bersalaman dengan ibu bapanya selepas selamat diijab kabulkan.

Akhil berkata, dia bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar selepas banyak perkara ditempuhi, malah tidak menyangka ia dihadiri ramai saudara terdekat kerana cadangan asal mahu melaksanakannya secara kecil-kecilan.

“Mulanya kami mahu melangsungkan majlis ini pada 21 Ogos bagi mendapat keberkatan Ramadan, tapi keluarga mahu ia diawalkan.

“(Selepas ini) saya berharap semua peminat Waheeda dapat mendoakan kebahagiaan kami. Kami mahu menutup buku lama dan membuka buku baru,” katanya.

Akhil bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai bekas isterinya, Maizawati Zainal, 33, dan terpulang kepadanya untuk berkata apa saja.

Sementara itu, Waheeda pula menegaskan dia tetap meneruskan hasrat bersara dari dunia seni dan hanya akan menumpukan perhatian kepada anak serta keluarga.

“Sebelum ini (pakar motivasi) Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah ada menasihatkan saya bahawa dugaan yang lebih berat akan membuahkan ganjaran lebih besar daripada Allah.

“Biarlah selepas ini orang nak cakap apa pun kerana banyak lagi perkara lebih penting dalam hidup ini. Saya hanya mahu menghabiskan masa dengan keluarga,” katanya.

Mengenai hantaran senaskhah al-Quran, Waheeda berkata ia permintaan bapanya kerana itu pemberian paling lengkap.

Mengulas penyakit yang menimpanya, Waheeda berkata, keadaannya teruk sejak tiga bulan lalu, namun ia kini beransur pulih.

Pasangan itu akan mengadakan majlis persandingan pada 31 Oktober ini di Dewan Orang Ramai Bukit Jelutong, Shah Alam dan di tempat asal Akhil di Gopeng, Perak, seminggu kemudian.

Kontroversi mengenai keretakan rumah tangga Akhil mendapat liputan meluas media massa akhir Mei lalu berikutan Maizawati membuat pendedahan terbuka menerusi program televisyen.

Pasangan itu akhirnya bercerai pada 15 Julai lalu selepas Akhil melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Perak.

sumber:b.harian,h.metro





nak tau cIter...ada 1 gerai ni mmg da jd faVourate kami...sokmo mkn situ...sy pun snggup berjaln dari sektor b smata2 nak mkn kat grai tu...want to kNow why?

  • firstly...sEEEdaPPPP!!!!
  • mkanan nye berase
  • makcik2 yang masak tu friEndly
  • hArganye pun berpatutan...yAng pntg mUUUrah
  • aiRnye....sEdappp


da rmai pengikut sy g kdai ni...mknannye...sdap hingga menjilat jari...menu utama yang menjadi kegemarn...mestila ikan keli..ayam msk merah ngan kentang n tempe...rugi xcube...



nak tau gerai ni kat ner?...kat nr corner...jemput2 mkn


Baru je tadi kita dikejutkan dengan berita menyedihkan, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, vokalis kumpulan nasyid Rabbani telah disahkan meninggal dunia 11 lebih pagi tadi akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Allahyarham Ustaz Asri dipercayai meninggal dunia sepelas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi. Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan oleh Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang bersama2 para syuhadah.



Ingatlah kehidupan kita didunia ini hanya sementara, segala kemewahan dan kesenangan juga tidak lama. Semoga kita dapat sama2 menjaga kesihatan diri dan famili dan berkongsi dengan semua tentang penjagaan kesihatan ini.

Beberapa minggu lalu, Allahyarham Yasmin Ahmad pergi meninggalkan kita, juga dengan masalah jantung.

Kita??? Ayah Ibu kita?? Suami Isteri kita??

Semoga tulisan ini menjadi peringatan buat diri ini dan para pembaca blog AlphaLipid.Net


actually,spatutnye semalam ada clz kul 10...tp bl dtg cls,classmate br msg clz cancel..ptg plak ada clz 2-6..da siap2..tup2 pkul 156pm ustzh msg clz cancel...dia xchat..maklumlah alahan ....automatik trus msg lctrer sales,tnye dia ptg ni aada clz tak...guest???...dia reply...harini xda clz..esk br ada...cian jgak la kwn aku tgu dr pg td...tgu clz yang nak batalll!!...sory iza...mesti ko blk ngan jijah n yan kan...heee

Ingat senang ke nak cari kawan yang sebulu. Aku dulu pernah gaduh dengan kawan roomate lepas tu plak kawan serumah. Tapi itu dulu, ehehehe. Dalam dunia ini terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sukar ditafsirkan. Jadi kalau tersilap pilih kawan, meranalah diri kerana kawanlah memberi pengaruh besar dalam kehidupan individu. Di sini ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu korang:

1. Boleh Berkongsi Apa Sahaja, Individu dari kategori ini ternyata sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula engkau mengambil kesempatan atas dirinya pula.

Bagaimana ingin mengenalpasti individu ini?

  • Dia tidak kecoh dan mampu menyimpan rahsia walaupun perkara kecil.
  • Dia sering bertanyakan khabar tentang dirimu
  • Karier impiannya ialah seorang ahli ‘psikologi’

2. Memahami, Kamu boleh menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat menyakinkan kamu! Individu ini wajarkamu dampingi sebagai sahabat sejati!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

  • Dia sedia dihubungi bila-bila masa… 24jam sehari, 7 hari seminggu!
  • Dia seorang teman yang komited.
  • Dalam perhubungan, dia adalah pasangan yang setia.
  • Dalam percintaan dia banyak membantu kamu! Dia mampu mengenali sama ada individu yang kamu dampingi itu benar-benar ikhlas dengan kamu atau mungkin ingin memperalatkan diru mu sahaja!

3. Profesional, Ketika kamu mengalami krisis percintaan, sahabat datang menghampiri kamu dan cuba memahami situasi kamu. Dia cuba memberi nasihat dengan meletakkan dirimu dalam dirinya. Nasihat dan pandangannya itu ternyata tidak mempunyai unsur berat sebelah dan sekali gus tidak meletakkan kesilapan pada mana-mana pihak! Jelaslah dia sahabat yang profesional yang wajar kamu mendampingi!

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

  • Dia bijak mengawal emosimu setiap kali kamu berada dalam keadaan tegang.
  • Setiap kali kamu menyatakan pandangan dan cadangan, dia mendengarnya dengan ikhlas dan hormat.
  • Kamu boleh melihat kejujuran itu dari sinar matanya.
  • Dia tidak pernah memberi alasan sekiranya kamu ajak bertemu. Walaupun dia tahu bahawa dirinya akan menjadi tempat curahan masalah pada waktu itu.


4. Jujur
, Setiap kali ada yang tidak kena dengan penampilan mu, dia akan menegur mu dengan bijak. Ternyata dia berkeinginan agar kamu kelihatan cantik sepanjang masa. Dari teguran dan komen yang diberikan itu ternyata membina. Kamu menerima dengan hati yang terluka.

Bagaimana ingin mengenal pasti individu ini?

  • Dia adalah individu yang lurus. Walaubagaimanapun. kelurusannya itu tidak menyakitkan hati kamu!
  • Dia sedia menjadi tulang belakang buat diri mu…
  • Kamu sentiasa merasakan bahawa nasihatnya amat berharga!

5. Happy Go Lucky, Keramahannya sentiasa menyenangkan setiap orang yang berada di kelilingnya. Dia sentisa berada di dalam keadaan ceria.

Bagaimana ingin mengenal pasti indivudu ini?

  • Dia pandai menjaga diri dan mementingkan penampilan
  • Apabila bersama dengannya kamu merasakan ia adalah detik yang paling menyeronokkan.
  • Dia memang menghiburkan. Teman-teman perempuan dan lelaki menyenanginya!

Hindari teman anda jika:
Teman yang Menjatuhkan kamu

  • Gemar mencari kesalahan orang lain
  • Setiap perkara dinilainya dari sudut negatif sahaja
  • Dia tidak memiliki ramai kawan!

Teman yang memiliki pengaruh negatif

  • Kamu sendiri dapat melihat sikap buruknya itu seperti kaki ponteng, menipu dan sebagainya.
  • Dia mengajak kamu melakukan perkara yang kamu sendiri pasti bahawa is adalah SALAH!
  • Dia gemar melakukan sesuatu perkara secara sesuka hati. Kamu sendiri tidak menyenanginya!

Teman yang mempergunakan kamu

  • Dia tidak pernah ingin berkongsi kegembiraan denganmu
  • Sekiranya die bersedih, dia harapkan kamu memberi sepenuh perhatian padanya.
  • Bila kamu memerlukan pertolongan dia tidak memberi apa-apa tindak balas.

Teman yang tikam dari belakang ( Macam cerita “Jangan Main Belakang” tu! )

  • Apa kamu miliki, akan turut dimilikinya sama
  • Dia gemar merahsiakan sesuatu perkara dari pengetahuan kamu
  • Nasihatnya sering menimbulkan keraguan pada dirimu.

Teman yang suka meniru kamu!

  • Serba-serbinya sama. Rambut, beg, baju dan lain-lainnya sama dengan mu.
  • Setiap kali ingin membeli barangan yang disukainya dia akan menanyakan mengenai cita rasa mu terlebih dahulu.
  • Apa jua yang kamu suarakan, turut disuarakan sama olehnya. Kamu bagaikan kembar. Walaupun mungkin rapat tapi masing-masing mestilah dengan indentiti tersendiri.

Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)

ahlan wasahlan

.::ainulasyikin::.

My photo
ASAL MERSING JOHOR DIPLOMA IN SCIENCE BBA(HONS)MARKETING B.TARBIYAH PERMAS (2008) NYDP PERMAS (2009)

.::demi masa::.

.::Islamic Calendar::.

Muslim Prayers Time

Terkini Palestin

Malaysiakini

Berita Harian Online

myMetro

Utusan Malaysia Online

Saifulislam.Com

HarakahDaily.Net 2

.::ya Allah::.

.:iklan pUasa:.

.::wishing you::.

::al-kiSah::

blog ni adalah luahan hati...selame saye berada d UiTM johor...sem yang busy...sem yang panjang..melayan anak2...anak kecik n anak besar...xkira lah...experience di clz...kolej..persatuan...yang penting sebagai daie...beramallah kerana ALLAH...taKbir!!!

Blog Archive

.::thank you Allah::.

.::solat tiang agama::.

.::special guest tOday::.

.::chat::.

Followers